Phewww, gila dah lama aku tak update belog weh. Seminggu lebih dah. Isk isk isk. Sorry kawan kawan, sesungguhnya diri aku memang tak dapat dilepaskan dari kesibukan. Sibuk yang berterusan. Sebab tu takde masa langsung nak duduk santai santai meng-update belog dan memanjakan diri ( ber-ym, ber-skype, layan moviee, edit picture, usha usha belog blogger blogger Malaysia kesayangan ) Malam ni je aku cuba untuk melarikan diri dari kesibukan dan duduk depan laptop berlatar belakang kan tingkap bilik dan menghadap cafe uptown, fakulti FSPU, fakulti OM, blok si teruna teratai.ngeh. Esok dah start balik sibuk balik.Kena submit assignment studio & plant material Khamis ni, nak kena plan untuk model plant mat, tengahari nanti nak gerak Bank Islam bayar yuran ( pergh lambat gile bayar weh. ada problem dgn pembayaran,number rujukan aku tak keluar. selagi number rujukan takde, so tak boleh lah nak bayar yuran. ), assignment CTU lagi. Waaa banyak nye benda nak di settlekan dalam masa terdekat ni. Pengsan aku weh.
haruslah letak muka candid gila serius time busy kan. Time ni dekat stesen Pudu kot. tengah tunggu bas. Semak semak borang PTPTN dulu before balik Perak sebab takut ada yang tertinggal dekat rumah. Gwe nak mohon PTPTN jugak. Dah tak tahan dah asyik text text message dekat mama bapak nak minta duit. Sampai naik segan nak minta duit -.-'
Kali keberapa kali entah buat drawing yang sama sebab salah teknik rendering. *menangissss.
Awal awal semester, dah ada trip akademik ke sana sini. Yang penting, dah dua kali trip ke KL. Lepas lah jugak rindu even tak dapat nak tidur dekat rumah. Ni dekat kawasan rehat Tapah. Breakfast before betolak ke KL.
Duduk tepi jalan dekat Pavi dalam panas terik tanpa payung / topi ( semua hilang & tertinggal. pfffttttt ).
Tiba tiba hujan rintik rintik, habis kena lukisan. Lukisan terus jadi kembang. Buaaat baliiiiik * wuaaaaa.
Tiba tiba hujan rintik rintik, habis kena lukisan. Lukisan terus jadi kembang. Buaaat baliiiiik * wuaaaaa.
Lepas rindu dekat masakan Abang Mok :) Rajin gila siap hantar makanan dekat hotel tempat aku menginap.
Terharu gila sampai rasa nak menangis bila buka buka je bungkusan polisterin tu, terbaca satu ayat ' Kasih Abang pada Adik, Chef 'Mok ' - sobssss, terus rasa macam nak peluk Abg Mok. Thank youuuuu Bang Mok. Sayang kau ! Lagi terharu bila tengok nampak kebab favvvvv dalam tu ! ;) Nyummy !

Hidup studioooo~
( semua pelik tengok aku pegang pen macam tu. macam nak genggam segenggam beras. errrr )
( semua pelik tengok aku pegang pen macam tu. macam nak genggam segenggam beras. errrr )
Okayyy, ini dah kena reject. Dah boleh bungkus nasi lemak guna lukisan ni -.-'
REDOOOOOOO T_T
REDOOOOOOO T_T
Oleh sebab tulang selalu sakit sakit sebab kurang tidur dan tension berpanjangan, jadi marilah kita amalkan minum susu penuh berlemak yang berwarna putih. Kegemaran !
Oleh sebab banyak kerja nak buat dan memerlukan kerja setempat tanpa bergerak gerak serta tanpa berjalan keluar ke uptown untuk beli makanan bungkus, maka ini sangat lah membantu. biskut TIGER. Kegemaran ! Boleh dapat di kedai berdekatan dengan rumah anda.
Tapi still tak boleh nak lawan kesedapan kek kegemaran ni.
Strawberry Marshmellow Cheese, Secret Recipe. Mamaaa, nak yang ni ! Last makan pun dengan Ana dekat KLCC time tengah sibuk tempah tiket okestra untuk satu kelas. *air liuqqq melelehhh weh.
Strawberry Marshmellow Cheese, Secret Recipe. Mamaaa, nak yang ni ! Last makan pun dengan Ana dekat KLCC time tengah sibuk tempah tiket okestra untuk satu kelas. *air liuqqq melelehhh weh.
&& yang paling penting, mesti lah rindu sama ini adik kecikkkk ! KakYa rindu Ecahh !
KakYa jarang call tak bermaksud KakYa tak rindu Ecah. I Miss You, Babyy ! Nanti suruh lah mama topup kan KakYa selalu, so boleh lah KakYa call Ecah selalu. heee.
KakYa jarang call tak bermaksud KakYa tak rindu Ecah. I Miss You, Babyy ! Nanti suruh lah mama topup kan KakYa selalu, so boleh lah KakYa call Ecah selalu. heee.
Air mesti kena selalu berkepit 24 jam yawww. Sini dah macam gurun Sahara dah weh. Panasss. Asyik melekit je tangan ni ha.
Dan sekarang aku dah mengantuk tahap gila kambing punya dan tak sedar diri esok ada kelas CTU pukul 8 pagi & sepatutnya aku kena tidur awal sebab ada banyak gila agenda esok hari.
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Katil kosong tanpa Lion :'(

7 lukisan:
sibuk belajarr ni payah .
sampaiiitak cukup kaki tangan segala nak jejak tanahhh . arghhhh
study molek-molek :)
ishhh, susahnya jadi student architecture :(
kalau student archi memang sibuk gila.studio lagi, subject lain lagi..tp hasil berbaloi.=)
be tough. nothing in this world comes in easy way. semuanya datang dengan dugaan dan cabaran sebelum kita dapat merasakan hasilnya kelak. trust me. ;)
haha.. kejayaan tak akan datang dengan mudah.. setiap yagn berusaha dijanjikan kejayaan..
pape pon best.. lawat lah saye ea..
:)
nice post :)
http://iamsaya.blogspot.com/
same la care kite pegang pen. yee,semua orang pelikk kan. terase special pulak. HAHAHA
Catat Ulasan