Rabu, 15 Jun 2011

SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA



Ada pelajaran hidup yang aku pernah tanamkan dalam fikiran aku semenjak dari dulu lagi. Cuma kebelakangan ini, aku terlupa dan teralpa dibuai kehidupan duniawi.

"apa sahaja kejadian buruk yang berlaku, atau hati kau terguris oleh sesuatu, ingatkanlah ayat ini : SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. "

"jika kau menjadi sombong dan lupa daratan bila dilimpahi kesenangan dan keindahan dunia, segera ingat tentang ayat ini :SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. "

"ketika kau menemui kegagalan dalam hidup kau, kau juga kena ingat bahawa:SEGALA YANG BERLAKU PASTI ADA PENGAKHIRANNYA. , jadi kau tak perlu nak bersedih lama lama lagi. " 

hidup sebagai manusia ini pasti ada naik dan turun nya. Kadangkala segala usaha kita ada yang berhasil, dan kadangkala pula ada yang gagal. Tapi kau kena tahu bahawa tiada yang kekal seadanya. Semua yang hadir pasti akan pergi,berlalu dan menghilang. Manusia tidak pernah kehilangan keseimbangan dalamannya, mungkin keseimbangan tu hilang tapi tak mungkin akan hilang selamanya. So insyaAllah kita semua akan menemui kebahagiaan.

sama sama kita mendoakan yang terbaik untuk diri kita..



3 lukisan:

Ayeem Jemain berkata...

sobs. baca ni sambil dgr lagu piano tu memang sobss

auny aizie berkata...

betul .

semua ada akhirnya, and semua ada hikmahnya :)

pink berkata...

Betul betul :) suka baca entry ni