Selasa, 2009 Oktober 27

Warkah Terakhir dari insan yang bernama Mira Uttika

Fuh lega ! Akhirnya dapat la juga aku meletakkan pinggul aku betul betul di atas kerusi ( takkan nak letak atas muka kau kot.melampau ah.huahua) dan menatap PC.hari ni aku nak buat coretan ringkas sahaja.Sekarang ni aku sangat trauma atau sensitif melihat tarikh.Aku cuak gila.Lagi lagi aku sangat elergic bila melihat tarikh 18 hb.Rasa macam mahu telan ubat tidur banyak banyak lepas tu tidur dan tak sedarkan diri.Even badan tak berapa sihat pun,tetap gagahkan diri pergi sekolah sebab aku tahu kalau aku stay dekat rumah,memang katil panggil mari ah kan.Benda lain aku boleh tahan lah.Tapi kalau bab katil katil ni,godaan memang sukar untuk ku tepis.Now badan kembali tak berapa nak sihat.Sengal sengal seluruh badan.Kepala pun dah kembali tak berapa nak baik.Rasa macam dah tak ada darah dalam kepala.Ini la dia simptom simpton(betul ke ejaan aku ni?) kalau hari datang bulan makin tiba.Memang lemah lah.

Aku rasa dan berharap ini lah
entri terakhir sebelum aku menjejak kan kaki masuk ke dewan peperiksaan pada 18hb November 2009.Pada kawan kawan serta kenalan yang pernah aku buat korang semua terasa hati atau korang pernah makan hati dengan aku,aku minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya sendiri dari diri aku yang hina ini.Dan tak lupa juga buat semua yang mengirimkan ucapan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-17 aku pada 22hb Oktober tempoh hari.Moga moga apa yang korang doakan itu,dimakbulkan Allah swt.Amin.


Jumaat, 2009 Oktober 16

Geli Baca Text Yang Berbaur Kepelatan.

Assalamualaikum semua.
Pertama sekali,aku minta kalian semua tolong lah mendoakan kesejahteraan aku. ( memang saya sedang mengemis doa kalian )
Doakan lah aku cepat cepat sihat dan tekanan darah naik seperti sedia kala.Dan tak ada lagi pitam pitam.

Hari ni usul yang aku nak katakan dekat entri pada kali ni ringkas sahaja ( ye ye je kau keding.Kang tengok panjang berjelar kau memebebel ) Sebelum itu,aku nak minta maaf buat sesiapa yang terasa dengan entri kali ni.Tapi,ini lah dia realiti penulis blog iaitu meluahkan apa yang rasa ingin diluahkan.

Sesungguhnya aku amat tidak berapa gemar atau jelik dengan sesiapa yang gemar menghantar message/comment atau sebaliknya dengan menggunakan bahasa yang aku tidak kenal pasti apa bahasa yang digunakan.Seperti dengan menambah nambah huruf yang tidak sepatutnya ditambah.Jujur aku cakap,aku meluat bila baca text yang ditulis sebegitu.Rasa macam nak baling laptop kalau baca text sebegitu.Rasa macam nak bagi singa jiran sebelah makan handphone kalau dapat message macam begitu.Meluat sungguh rasa nya.Tapi kalau bagi text yang ada singkatan seperti 'jangan' kepada 'jgn',tak apa lah.Sebab aku pun kadang kadang guna singkatan juga.hehe.Tapi tak payah la sampai bagi text seperti:
" Ellow tawan tawan,echok shaye nak pewgi shopink shame tawan tawan shaye yunk lew laien. "
ayat sebenar-benarnya ialah begini :
" Hello kawan kawan,esok saya nak pergi shopping sama kawan kawan saya yang lain"
Lihat,dari bilangan huruf yang sikit,terus jadi banyak.Ei,pesal lah mengada ngada nak kena tambah pelat pelat tu.Tergeliat segala urat urat lidah aku nak meng detect perkataan tu.Lepas tu kepala ni tak habis habis dok fikir apa benda la budak ni cuba sampaikan.Mungkin korang buat text yang agak kepelatan tu sebab nak tunjuk kan tahap kemanjaan korang la eh ? So,makin pelat,makin manja la eh ? Ala kuchi kuchi.Manja nyewww ! haha.
Yang sangat tak boleh blah nya ialah,budak budak lelaki pun ada yang terjangkit dan dijangkiti dengan sindrom ni.Adohai.Geli la kalau aku baca budak lelaki tulis text macam gitu.Dari tahap kemacho an yang tinggi tahap dewa tu terus jatuh menjunam terbabas terus.Tak selera eden nak menatap aih.Mata eden yang memang sedia kala sepet ni terus tak nampak biji mata terus.
Bukan apa,kalau korang dah terbiasa bagi text text macam tu,nanti korang akan terbawa bawa sampai ke dunia realiti korang.Terbawa bawa sampai ke paper exam.Nanti cikgu baca pun akan muntah muntah.Lepas tu,kalau korang bagi message dekat aku,memang confirm confirm ah aku tak reply terus.(ok tipu,aku reply je.masih punya sifat kemanusiaan.hehe) Cuma bila dah dapat text macam tu,memang sure akan dikutuk kutuk oleh aku.
Buat siapa yang terasa,aku minta maaf.
Tapi kalau dah terasa tu,ubah ubah la sikit penulisan korang tu.
*ini dari sudut pandangan aku lah.Tak tau la apa pula pandangan dari sudut korang.

Rabu, 2009 Oktober 14

Alahai,aku rindu bayangan dekat...




Baru sekarang aku tahu apa itu rindu.Sakit tahu tak.Ingatkan sakit macam kena gigit semut api.Rupa rupa nya sakit macam kena gigit dengan kerengga yang besar tu.Siap belebam lebam lagi sakitnya.Lepas tu kalau nak elokkan lebam tu,kena taruk minyak yang busuk tu.ISK :')

Kepada orang yang aku rindu tu,kau memang sangat bertuah.Sebab waktu nak tidur pun aku still teringatkan kau.Dalam solat pun,aku doakan kejayaan kau ( aku tetap doakan untuk kawan kawan yang lain juga ).Waktu nak belajar pun aku teringatkan kau sebab kau banyak kasi kata kata motivasi untuk aku dan tips tips yang bertimbun timbun.

Bila aku kenang kau,aku terkenang pula dengan segala penawar yang kau beri pada aku.Penawar yang sampai sekarang aku tetap mempraktikkan.Penawar yang aku fikir,tak ada siapa boleh berikan.Penawar yang selalu buat aku jadi kuat.

Apa lah yang hendak aku kata kan.Sudah suratan dan takdir menentukan.Ini lah manusia.Manis di bibir,pandai bermain lidah.

Dah 10 bulan dah kan.Kalau kau terasa dengan entri ni,sila lah rindu aku balik.Tak kisah la macam muka tembok ke apa ke.Nak juga suruh kau rindu aku.Tak rindu ke dengan suara aku? Tak rindu ke dengan message merepek aku? Tak rindu ke dengan masalah aku? Ni yang aku nak emo emo ni :'(

Dah la tu Mira Uttika,dah orang tu tak rindu kau,buat apa nak rindu balik.Ah,tak kisah lah.Nak rindu juga.

Apa apa pun,jaga diri boy friend. *Senyum


Selasa, 2009 Oktober 13

MAK BAPAK AKU PUN ADA AJAR JANGAN DOK MENGGATAL DENGAN SUAMI ORANG.

Tarikh: 13 Oktober 2009.

Waktu: 7.47 pagi.


Tempat: Tembok depan rumah kawan baik,Aisya J.Waktu ni baru je sampai rumah Aisya J.dan waktu ni Aisya J sedang menyambut kedatangan aku dan kami sama sama duduk di tembok depan rumah Aisya J.



Kring Kring ! ( bunyi ringtone phone aku.Act lagu ringtone aku lagu yang theme movie Madagascar tu.bunyi memang kuat haih.terpecah gegendang telinga kalau dengar. )



*suara makcik ni sangat tegas dan nada nya agak berbunyi menyindir.sila bayangkan.



Makcik: Helo,ni Mira ke ?



Mira Uttika: Assalamualaikum.Oh ye.Saya.



Makcik: Awak stay dekat mana ye ?



Mira Uttika: Err.Ni siapa ye ?



Makcik: Awak tak payah kisah la siapa saya.Ni awak stay dekat mana. *eh makcik ni,dah la tak kenalkan diri siapa.then nak poyo poyo pula.takpe takpe.sabar je lah.



Mira Uttika: Saya stay dekat Ampang. *ok,ini kena tipu kerana ibu dan bapa saya berpesan kalau orang yang tak dikenali menelefon,sila cakap fakta yang menipu.



Makcik: Oh,ni kenapa nak kacau laki orang ni ?



Mira Uttika: Ha? Laki orang ? Apa benda ni ? Tak faham lah.



Makcik: Apa tak faham tak faham.Ni message rindu rindu ni apa ke benda ?



Mira Uttika: Apa ni 'kak'.(terus guna ayat akak terus).Saya tak adalah nak message rindu rindu ni.Siapa laki akak tu.Akak salah orang kot.



Makcik: Habis tu kenapa ada nama awak ni? Siap ada number lagi.



Mira Uttika: YA Allah kak,sumpah demi Allah saya tak ada nak kacau laki akak.Kenal lagi lah tak.



Makcik: Eh,awak jangan nak main main sumpah ni.



Mira Uttika: Ye la,dah saya tak buat benda jahanam ni.



Makcik: Habis tu pukul 2 pagi semalam bukan awak yang bergayut dengan dia.



Mira Uttika: Akaaak,saya semalam tidur pukul 1 kak.



Makcik: Tengahari semalam?



Mira Uttika: Saya dekat sekolah kak.



Makcik: Awak jangan sampai akak jumpa mak bapak or cikgu awak.



Mira Uttika: Akak,buat apa lah saya nak porak perandakan rumah tangga orang.Buat apa lah saya nak kacau laki orang.Saya tak ada lah nak kasi message macam macam tu.Saya kawan pun dengan budak budak umur sebaya saya kak.Mak bapak saya pun ada ajar didikan agama jangan dok menggatal kacau laki orang.Didikan mak bapak saya kasi,saya guna lagi kak.





*terus 'kakak' tu letak phone.



Aisya J yang duduk sebelah aku terus terkejut.OMG ! Mira kacau laki orang ? Sangat tak boleh bla.Kau nak mengadap muka laki pun dah malu.Nak message jejiwang dengan laki lagi lah tak pernah (waktu zaman bercinta dulu,pernah lah).Mood aku terus spoil gila gila.Mood yang sangat baik untuk pergi menelaah bersama Aisya J dan Putri di library terus melayang macam gitu je.Rasa nak menangis pun ada juga.Tapi tahan.Mira,kuat.



Masuk rumah Aisya J dan terus call bapak.Then bila dengar suara bapak,terus menangis.Nangis sebab sangat stress.Terlepas juga akhirnya.Waktu ni rasa macam nak nangis banyak banyak dekat bapak dan abang Mok ( nangis dekat mereka best sebab dapat peluk sekali.badan dorang tegap.Sedap kalau peluk.Rasa sangat selamat dan terpelihara.isk.rindu abang Mok yang sekarang ni ada dekat Bali ) Dah la semenjak dua menjak ni ada number yang selalu bagi aku message yang bebaur kelucahan.Takut dan seram tahu tak.Dah la number yang aku pakai sekarang ni boleh dikatakan sangat baharu.Tertekan sangat sangat.



Aku cuba set kan dekat mind aku,mungkin 'akak' tu salah orang.Tapi,takkan salah orang kot sebab dia tahu nama aku.Mira.Nampak sangat nak kena kan aku.Tapi apa salah dan dosa aku sampai nak kena kan aku macam ni.Stress tau tak.



Nasib baik ada dua kawan baik,Aisya J dan Putri sanggup menceriakan hari hari aku dengan sama sama menelaah di perpusatakaan FRIM.kalau nak datang study,meh la datang sini.Tenang sangat.Pemandangan dekat sana,memang dah tak boleh cakap apa dah.Pemandangan kat sana macam cerita fairy & tale.Lawa sangat ! NOKTAH.






okay,gambar kita sedang membuat kebaikan,HARUS di letak dua kali.ingat tu,2 kali.haha.


sedang mencari buku bagaimana cara cara untuk mengorat laki orang.opsie!sorry *muka suci.

otw pergi masjid.pose sekejap.

di pagi hari.cerita masalah dengan Aisya J.

dekat office aunty Sharifah ( mummy Aisya J )

Ahad, 2009 Oktober 11

Kembali Pulang

Syazleen,Tasya,Edil,Rasywan,Fakrullah,Izzatul,inibelogperempuanbaik,Aima

video

After buat performance lagu keroncong untuk Sambutan Merdeka.Kemas kemas dan angkut segala alat muzik bawak masuk balik dalam bilik Muzik.Memandangkan Cikgu Fadzil tak ada dekat sekolah,maka kiteorang menguasai bilik Muzik.Lepas tu tak masuk kelas pon.Video tak berapa nak clear.Sound pon macam pondan je bunyi.Lepas tu skrin pon gerak lambat lambat.Tapi aku tak kira semua tu pon sebab waktu ni memori paling best.Nak simpan video ni sampai bila bila dan akan tunjukkan kepada anak, 'anak anak,ini lah video ibu dengan kawan kawan ibu' hehe.Act banyak lagi lagu kita orang sapu.Yang penting semua lagu yang jejiwang lah.Satu habuk tak faham.Lagu 'Kembali Pulang' ni je yang tahu.

Rasanya lepas ni dah tak boleh nak duduk lepak lepak dalam bilik Muzik.Sebab dah tak ada masa.Mungkin akan serang bilik Muzik tahun hadapan.Tahun di mana tiada lagi tittle 'Pelajar SMK Kepong'.Tetapi tittle 'Bekas Pelajar SMK Kepong'.

*banyak video lain lain dekat Facebook.kalau berani,add lah aku dekat Facebook.lalala.